Sunday, June 26, 2016

Filled Under:

Pendedahan 5 BAHAYA WeChat Kat Remaja Perempuan Ini Buat Ramai Ibu Bapa TERKEJUT !!! - KITA VIRAL

Pendedahan 5 BAHAYA WeChat Kat Remaja Perempuan Ini Buat Ramai Ibu Bapa TERKEJUT !!! | Di tengah-tengah kes Richard Huckle dan Nur Fitri yang tengah didebatkan sekarang ni, The Star R.AGE menggemparkan Malaysia bila mereka buat penyiasatan sendiri tentang pedophile yang merayap sekitar negara kita.
1
Journalist mereka menyamar jadi budak 15 tahun kat chat app macam WeChat, pastu tunggu orang add. Menurut Clarissa, tak sampai setengah jam je dia dah dapat 10 mesej, semua daripada lelaki yang cukup umurnya. Lelaki-lelaki ni kemudiannya mintak jumpa kat rumah mereka terus. Selebihnya korang bolehlah tengok kat video tu sendiri.
Sebelum korang kata, “Eleh budak-budak tu mengumpan lelaki mintak jumpa,” perlu diingat kalau mereka tak bukak akaun WeChat pun, ramai anak-anak kita kat luar sana yang terdedah kepada pemangsa macam ni.
Masalah paedophile sebenarnya agak serius kat Malaysia, seperti yang dah dibongkar oleh Syed Azmi baru-baru ni apabila ada grup Telegram untuk paedophile yang penuh dengan komen yang menjijikkan.
VIDEO PENYAMARAN WARTAWAN MALAYSIA
Topik macam ni mungkin buat kita tak berapa selesa mendengarnya, nak lagi bila melihatkan maklumat yang dilaporkan. Tapi kita bertanggungjawab untuk mengetahui perkara ni dengan lebih lanjut, nak lagi bila ia melibatkan anak-anak dan adik-adik kita. Jadi SOSCILI cuba cari lima fakta ringkas yang korang kena tau:
1. Banyak kes melibatkan ahli keluarga/orang yang dipercayai
NSNBC International melaporkan banyak kes rogol yang dilakukan oleh individu yang mengenali mangsa termasuklah bapa, bapa tiri, pak cik dan datuk. Malah dalam kes-kes ini, ianya dilakukan selama bertahun-tahun dan cuma diketahui bila mangsa mula mengandung.
Dr Rohana Ariffin dan Rachel Samuel menjalankan kajian terhadap perogol untuk mengetahui motif mereka, dan alasan-alasan yang diberikan sangat memedihkan hati, kadang-kadang sampai tak sanggup nak baca:
“Mereka selalu kata, ianya suka sama suka, jadi ianya adalah hubungan seks yang rela. Atau mereka kata, dia dah masak ranum untuk dipetik. Ada seorang mengatakan yang mangsanya berlagak manja. Tapi mangsa tu cucu perogol tersebut kot!” – Dr Rohana
Tambah Samuel, kebanyakan perogol ini beranggapan yang mangsa tersebut memang milik mereka. Ada juga yang tak fikir apa yang mereka buat adalah dikira sebagai rogol:
“Ada yang percaya rogol hanyalah melibatkan paksaan. Jadi hubungan seks dengan mangsa tidak dikira rogol bagi mereka. Mereka tak sedar yang rogol juga adalah disebabkan pujukan, paksaan, manipulasi, dan kuasa hubungan antara orang yang lebih tua dan juga mangsa.” – Dr Rohana
2. LIMA jenayah seks pada budak bawah umur berlaku SETIAP HARI
Menurut jumlah jenayah seksual pada tahun 2014, sebanyak 1931 jenayah seks adalah melibatkan kanak-kanak berumur 16 tahun dan ke bawah! 1931 kes dalam setahun, so kira-kira, lima gangguan seksual pada budak bawah umur berlaku di negara kita setiap hari 🙁
Dan perlu diingat, statistik yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri ni hanya melibatkan jenayah seksual yang dilaporkan sahaja. Menurut The Sun, hanya dua kes yang dilaporkan setiap 10 kes. Maknanya, jumlah sebenar gangguan seksual terhadap budak-budak bawah umur adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang kita tau.
3. Majoriti kes adalah melibatkan masyarakat Melayu
Biila statistik tentang kes rogol bawah umur tahun 2012 dan 2013 ni dikeluarkan, hampir 80% kes adalah melibatkan masyarakat Melayu. Namun menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi, hal ini mungkin disebabkan “pihak lain (bukan Melayu) mungkin kurang sensitif (dalam membuat laporan)“. Er…
Tapi tak kisahlah siapa yang buat banyak laporan ke tidak, jumlah kes rogol berkanun tu tetap banyak! Jadi selain di rumah dan online, kat mana kita boleh target untuk kurangkan kes ni? Menurut Asisten Komisioner Jenny Ong Chin Lan, ada gadis yang terlibat dengan mat rempit. Ini kenyataan dia mengenai gadis 16 tahun yang dibuang keluarga dan kini dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat:
“Dia mengaku melakukan hubungan seks dengan beberapa remaja lelaki dan memberitahu suka dengan keseronokan gaya hidup Mat Rempit.” – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Dipetik oleh mStar.
4. Kebanyakan mangsa memilih untuk tidak bersuara
Apa yang paling menyedihkan, ramai mangsa rogol bawah umur membisu akan jenayah yang dilakukan ke atas mereka. Menurut konsultan psikiatri dari UM, Dr Muhammad Muhsin, laporan jarang dibuat kerana tak mahu malu pada mangsa dan juga keluarga, ibu takut suaminya dipenjara dan hilang tukang sara hidup keluarga, malah anak kecil yang menjadi mangsa itu sendiri tak taupun apa yang diperlakukan kepada mereka adalah salah.
2
Aktivis sosial, Syed Azmi sendiri banyak berkongsi cerita yang dihantar kepadanya. Sampai tak termampu untuk membacanya, tapi inilah perkara yang berlaku di sekeliling kita sendiri.
5. Kita tak ada undang-undang khas untuk menangani jenayah/ganggunan seks bawah umur!
Seperti yang kami terangkan dalam artikel terdahulu, jenayah rogol bawah umur adalah tertakluk kepada Seksyen 376 Kanun Keseksaan, bermakna pesalah akan disabitkan kesalahan jika melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur, tak kiralah ia dianggap ‘rela’ ataupun tidak.
Masalahnya, kita takde undang-undang yang boleh mencegah paedophile. Misalnya dalam kes yang ditunjukkan oleh R.AGE, kalau paedophile menghantar gambar dan kata-kata lucah, bolehkan dia ditangkap?
Apa yang lebih merisaukan, statistik tentang jenayah seks di Malaysia adalah dikategorikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Ini bermakna maklumat ini tidak boleh disebarkan kepada rakyat, dan ia akan menyukarkan sebarang usaha untuk menyebarkan kesedaran dan pendidikan tentang jenayah yang sangat berat ini!
3
Biarlah kita yang bertindak, sekarang!
R.AGE telah bekerjasama dengan UNICEF untuk meminta supaya ‘online grooming’ (mendekati mangsa bawah umur melalui chat app dan sebagainya) dijadikan sebagai kesalahan jenayah. Jadi korang boleh klik kat link tersebut, skrol, dan isi form kat bawah tu. Ini rupanya:
Selain itu, korang jugak boleh mengikuti Projek Layang-Layang, sebuah kumpulan yang dibina untuk menyebarkan kesedaran tentang gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Meskipun terlalu banyak lagi penambahbaikan dari segi undang-undang serta kesedaran yang perlu disebarkan, biarlah kita yang menjadi tunjang perubahan! KREDIT SOSCILI.




0 comments:

Post a Comment