Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Nur Farina Binti Abdullah bagi menjawab persoalan yang timbul oleh seorang wanita yang menghadapi masalah rumahtangganya yang semakin renggang ditambah lagi dengan perasaan dilema apabila terjumpa gambar-gambar lucah di dalam Group Whatsapp suaminya.
Kiriman wanita tersebut:
Salam Kak... Maaf mengganggu akak pagi2 ni..Happy je tgk family akak.. akak boleh kaunseling pasal rumahtangga kan.. HeheheSebenarnya saya taktahu nak cerita tntang apa tetapi entahh... makin lama, makin rasa sunyi dlm rumahtangga saya..Suami pendiam, saya jenis banyak cakap.. nak berbual dgn dia pun takde topik..Sekarang, tgk dia ada group wassup dgn kawan2 tmpt kerja, kadang2 bila cek kawan dia hantar gambar lucah.. Raasa nak marah pun ada...Ke saya yg cemburu?
Apa yg saya kena buat?
Jawapan Puan Nur Farina:
Saya rasa masalah dalam wassap grup kaum suami dengan kawan2 dipenuhi gambar2 lucah bukan setakat satu dua org isteri sahaja mengalami masalah ini. Saya rasa isteri2 lain pun berdepan dengan masalah yang sama.
Malah saya sendiri pun berdepan dengan masalah ini apabila melihat wasap grup kawan2 suami saya dipenuhi oleh gambar2 lucah yang dihantar oleh rakan2nya.
Nak marah siapa? Nak marah suami? Macam tak patut sebab suami kita tak terlibat dalam acara mencari gambar2 lucah utk disebarkan pada rakan2 tapi rakan2 yang berusaha mencari gambar2 lucah dan sebar utk tatapan mata rakan2 dalam grup tersebut.
Apa yang perlu kita buat sebagai isteri?
Kalau saya, saya suruh jer cik suami keluar dari grup tersebut. Kenapa perlu bertahan melihat gambar lucah perempuan lain sedangkan anda ada isteri yang boleh anda suruh beraksi lucah utk tatapan anda.
Tapi kalau kita suruh suami keluar dari grup mungkin mereka akan mengamuk cakap kita cemburu buta, cakap kita nak kontrol mereka dan sebagainya... kan?
Tapi kalau saya jadi suami, saya keluar jer dari grup tersebut sebab utk apa berada dan berkawan dgn mereka yang suka melihat dan menyebar gambar lucah utk tatapan mata kita? Nak tambah dosa yg sedia ada sedangkan kita ada pilihan utk menjauhi dari orang2 yang masih lagi belum kenal dosa pahala?
Atau tidakkah kita terfikir Faktor usia yang semakin pendek ntah bila akan mati?
Atau tidakkah kita terfikir kalau2 anak2 main hp kita dan jumpa macam2 gambar lucah dalam hp milik ayah mereka dan gambar itu bukan gambar ibu mereka?
Atau tidakkah kita terfikir dalam syok kita mencari dan menyebar gambar lucah, sekali kita terjumpa gambar isteri atau anak2 gadis kita atau ada kawan2 yg menyebar gambar lucah yang kita yakin itu adalah isteri kita?
Mungkin suami tak tahu bahawa isteri rasa terhina bila melihat suami dan rakan2 Saling menyebar dan melihat gambar2 lucah dan suami tidak mengambil tindakan menghindar dari perkara tersebut dengan alasan "saya tak tgk saya tak sebar, yang sebar tu orang lain".
Ok. Sebagai rakan yang baik, tegurlah rakan2 yg suka menyebar dan melihat gambar2 lucah. Jika mereka mengejek kita kununnya kita mahu tunjuk baik dan alim, jauhilah mereka kerana orang2 seperti itu tidak sesuai dijadikan kawan.
Jadi sebagai suami, cuba periksa ada tak diantara wasap grup anda yang suka menyebarkan dan melihat gambar lucah?
Jika ada... fikir2kanlah apa tindakan paling bijak yang boleh anda ambil.
0 comments:
Post a Comment