sponsored ads
Saya ada dua cerita. Saya minum dengan kawan-kawan. Kedai tu memang selalu saya minum. Mereka kenal saya. Satu hari. Saya datang lagi sekali. Salah seorang dari staf kedai tu hulurkan saya RM10 pada saya.
“Duit apa?” Saya tanya pada dia. Dia geleng . Dia tak boleh berbahasa melayu. Dia panggil kawan dia untuk cakap dengan saya.
sponsored ads
Saya tak tercakap apa-apa. Jujurnya pemuda ini. Duit itu bukan besar sangat. Tapi dia simpankan dalam tempoh yang lama. Kerja di kedai mamak gaji RM3 sejam. Dia susah tetapi dia kerja bukan kerana duit.
Lupa bayar minuman, tapi dia tak panggil sebab tak nak malukan saya
Satu kisah lain.
Sedap berborak saya dan kawan-kawan terlupa bayar minum dan makan di mamak tersebut. Beberapa hari kemudian baru teringat. Pergi kedai tu,
“Saya terlupa bayar minum beberapa hari lepas”
sponsored ads
Mamak tu cakap, “saya tahu”
“Kenapa tak panggil saya?”
“Tak mahu malu kan abang depan kawan-kawan, saya tahu abang datang sini balik”.
Tengok.. Mulianya hati dia kan. Sampai macam tu jaga aib orang lain. Sedangkan beberapa antara kita dengan sengaja mencari jalan mengaibkan orang tertentu.
Jangan aibkan orang lain.
bangla lagi baik dari melayu.sape fikir gitu kita geng
ReplyDelete