Friday, May 27, 2016

Filled Under:

'Saya Ingat Kahwin Kedua Ni Akan Bahagia, RUPANYA Saya Dah TERSALAH Pilih Suami !'

'Saya Ingat Kahwin Kedua Ni Akan Bahagia, RUPANYA Saya Dah TERSALAH Pilih Suami !'
"Anak saya demam ke, sakit ke, dia buat bodoh sahaja. Yang lagi zalim, semasa saya demam kuat. Saya tak sedar sebab baru makan ubat. Bila terjaga dari tidur, saya tengok anak saya dalam keadaan yang ...."



Saya dah tersalah pilih suami. Saya ingat saya kahwin kali kedua ini, saya akan dapat suami yang baik sebab dia sayangkan anak-anak saya. Saya terima dia sebab dia betul-betul sayangkan anak saya sampai anak saya tak boleh berpisah dengan dia. 

Rupa-rupanya apa yang saya impikan semuanya musnah. Dia menjadi suami yang jahat dan kejam. Dia pukul saya dan pukul anak-anak saya. Dia benci anak saya dan kata,

"Itu bukan darah daging aku!"

Kehidupan saya seperti dalam neraka. Hari-hari kami bergaduh. Dia tidak pernah solat. Bila saya ajak dia solat, dia langsung tak mahu. Sekarang, saya ambil keputusan untuk bercerai. Saya dah tak nak tengok muka jantan berpura-pura ini lagi. 

Nasihat saya kepada ibu-ibu tunggal, jangan percayakan lelaki yang baik di depan, ruap-rupanya ada udang di sebalik batu. Kejadian ini membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi. Patutlah Rita Rudaini tak nak kahwin sebab takut anak-anak dia terseksa. 

Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang sayang anak-anak kita. Tengok macam saya, sudah terkena sebelum kahwin. Bukan main tunjuk sayang pada anak-anak saya. Selepas kahwin, buat anak saya macam sampah. 

Anak saya demam ke, sakit ke, dia buat bodoh sahaja. Yang lagi zalim, semasa saya demam kuat. Saya tak sedar sebab baru makan ubat. Bila terjaga dari tidur, saya tengok anak saya dalam keadaan yang menyedihkan dengan memegang botol susu yang basi di depan pintu. Berak penuh di pampers, rupa-rupanya satu malam anak saya duduk di depan pintu bilik. Dia nak ketuk pintu bilik tetapi takut. 

Sebelum ini saya tidak pernah kunci pintu bilik. Saya tahu anak saya mesti kejutkan saya. Rupa-rupanya malam itu saya tidur, suami saya sanggup kunci pintu sebab tak nak buatkan anak saya susu. Kalau dia benci pun, kejutkanlah saya pada malam itu. Meraung saya tengok keadaan anak saya.

Saya sudah nekad, saya perlu tinggalkan jantan tak guna ini dari hidup anak saya terseksa. Sudahlah dengan duit nafkah pun kedekut, duit saya saja yang dia nampak. Kaki kikis duit. 


Ya Allah, cukuplah kali terakhir ini saya terseksa. Selepas ini saya nak habiskan masa bersama dengan anak-anak saya. Saya tak perlukan lelaki yang kejam seperti ini dalam hidup saya. - KRT





0 comments:

Post a Comment