Bogota: Seorang peragut nyata tersilap memilih mangsa apabila wanita yang disasarkan membogelkannya sebelum memaksanya berlari di jalan raya.
Rakaman video menunjukkan ‘mangsa’ menarik rambut lelaki itu selepas dia cuba merompaknya mengunakan pisau di Bogota, ibu negara Colombia.
Video itu bermula dengan wanita terbabit menarik rambut lelaki berkenaan dan menjerit sekuat-kuat hati ke dalam telinganya.
Selepas merampas senjata itu dari pegangannya, wanita itu menyepak lelaki itu beberapa kali sebelum mengosongkan poketnya dan mengarahkannya melutut.
Lelaki itu merayu meminta maaf tetapi tidak diendahkan ‘mangsa’ yang terus menarik rambutnya berulang kali. Malah pada satu ketika wanita itu dilihat memukul kepala lelaki berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment