Thursday, May 26, 2016

Filled Under:

ADA SORG AWEK TERKENAL DTG KE MAJLIS KAHIWN EXBF ADIRA,MCM NAK GI CLUB MLM..PERGH KAYA GILA ISTRI DIA ? JUTAWAN KE RUPA2NYA PATUTLAH KAN ..


ADA SORG AWEK TERKENAL DTG KE MAJLIS KAHIWN EXBF ADIRA,MCM NAK GI CLUB MLM..PERGH KAYA GILA ISTRI DIA ? JUTAWAN KE RUPA2NYA PATUTLAH KAN ..

awek mana seksi ni gi majlis kahwin org mcm nk g club 
































Dengan sekali lafaz, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Fatin Amira Zainal Abidin.

Shahrul yang juga merupakan bekas tunang kepada penyanyi Adira kelihatan begitu segak dengan persalinan serba putih rekaan pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini.

Sebaik sahaja akad dilafaz, Shahrul dilihat menarik nafas lega dan tersenyum lebar.

Shahrul telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM20,000.

Majlis pernikahan Shahrul dan pasangan berlangsung semalam (Jumaat) dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Dalam pada itu, Shahrul dan Amyera juga turut berkongsi beberapa foto perkahwinan mereka menerusi akaun Instagram dengan hashtag #AmyeraShahrul dan #SalamGari.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik yang diambil menerusi hashtag tersebut:









AddThis Sharing Buttons

 

 

 















































ini profile wife dia sebenarnya




Asyik kumpul jenama mewah


Satu persatu beg tangan berjenama mewah ini disusun di atas kerusi di tepi kolam renang berhampiran kediamannya. Pelbagai jenis jenama daripada berharga ribuan ringgit sehingga puluhan ribu menjadi antara simpanan peribadinya. Antara yang menjadi kesayangan Fatin Amyera Zainal Abidin, 26, adalah tiga beg tangan Hermes berharga RM50,000 setiap satu, Chanel dan Gucci serta Louis Vuitton (LV) yang kebanyakan dibeli menerusi pembeli peribadi dan ada juga di butik.
“Ini hanya sebahagian saja, masih ada koleksi lama yang saya simpan rapi di rumah. Semuanya saya sayang kerana perlu menunggu lama untuk mendapatkannya. Lebih manis apabila ia hasil daripada titik peluh berniaga,” katanya memulakan bicara ketika ditemui di kediaman mewahnya yang terletak di Kajang Selangor.
Sambil pantas membelek beg tangan Hermes rona ungu yang baru saja dibeli, dia mengakui kebanyakan wanita mempunyai keinginan memiliki beg tangan jenama mewah. Dia yang juga pengasas produk kecantikan Amyera Beauty mengakui untuk mengumpul beg tangan idaman ini bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya mula mengeluarkan jenama produk kecantikan Amyera Beauty secara serius dua tahun lalu. Setiap kali hasil jualan bertambah, saya tekadkan semangat untuk mengumpul apa yang saya inginkan. Bermula dengan membuat tabungan dan membeli kereta serta kemudian kediaman terlebih dulu. Bakinya barulah digunakan untuk membeli beg dan kasut idaman,” katanya ramah bercerita.
Bermula dengan LV yang dibeli pada harga RM4,000 dua tahun lalu di butik, ibu kepada seorang cahaya mata ini mula menjadi penggemar tegar dengan mendapatkan koleksi mewah ini setiap kali ia berada di pasaran. Dia menyukai rekaannya yang elegan dan keanggunan beg ini boleh digayakan ke mana saja. Ditambah ukuran yang besar membolehkan ia diisi dengan pelbagai barangan. Daripada LV, cita rasa Amyera beralih kepada Dior dan Chanel.
“Beg tangan pertama berjenama Dior saya beli dengan harga RM13,000 manakala Chanel bernilai RM15,000. Namun saya lebih sukakan rekaan Chanel yang tampak versatil dan sesuai dibawa ke majlis.
“Potongannya kekal begitu, namun bagi pengumpul beg tangan ini pasti tidak melepaskan peluang mendapatkannya setiap kali ada rekaan baru di pasaran. Material yang lasak, kualiti pembuatan setimpal dengan harga ditawarkan,” jelasnya yang memilih beg Chanel ketika menghadiri majlis makan malam bersama keluarga atau pelanggan.
Melihat tiga beg Hermes yang jumlahnya bernilai hampir RM160,000, bagi individu lain mungkin menganggap ia satu pembaziran kerana sanggup melaburkan wang kepada benda yang dianggap ‘kecil’ dan bukannya pelaburan jangka panjang.
Ditanya hal ini, jujur Amyera mengakui ada kala terdetik juga dalam hatinya mengapa dia sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit hanya untuk beg tangan. Tetapi apabila bertanya kepada naluri, dia mengakui fitrah keinginan wanita tetap sama inginkan sesuatu yang selama ini mereka idamkan.
“Tanyalah kepada mana-mana wanita pastinya pakaian, beg tangan dan kasut antara yang menjadi kegilaan mereka. Namun apa yang saya peroleh ini adalah hasil titik peluh sendiri selepas membangunkan jenama Amyera Beauty. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, banyak cabaran yang saya lalui untuk berada pada tahap sekarang.
“Selepas berjaya memperkenalkan jenama ini, sedikit demi sedikit saya mula mendapatkan apa yang diidamkan secara berperingkat. Itupun selepas saya menyelesaikan apa yang sepatutnya seperti hutang dan menyediakan keselesaan untuk keluarga, ibu bapa dan adik-beradik,” katanya.
Sebagai pengasas produk, bukanlah niat Amyera menunjukkan kemewahan, tetapi ia sebagai inspirasi terutama kepada stokisnya supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang mereka
inginkan.
“Ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Dulu saya juga seperti wanita lain, tidak bekerja dan hanya mengharapkan ‘ihsan’ suami. Untuk mendapatkan satu beg LV terpaksa menunggu hadiah suami. Tetapi kini menerusi perniagaan, saya mampu mendapatkannya sendiri,” katanya tersenyum.
Bagi menjaga semua koleksi beg tangan ini Amyera menyimpan kemas dalam almari berkaca. Ini bagi mengelak habuk dan mudah rosak terutama apabila tidak digunakan. Dia juga membenarkan adik-adiknya meminjam beg yang mereka inginkan. Sekali-sekala dia menghadiahkan beg tangan buat ibu tercinta di kampung.
Selain beg tangan, Amyera juga mengumpul kasut berjenama Christian Louboutin, Valentino, sandal Hermes dan Chanel. Namun paling disayangi kasut Christian Louboutin dalam tiga warna berbeza merah, biru dan hitam.
“Saya sukakan rekaan Christian Louboutin kerana tampak anggun dan memikat dengan bucu bintang yang diletakkan di hadapan kasut. Ia tampak ranggi apabila digayakan dengan pakaian kasual terutama denim,” katanya yang turut memiliki sandal Hermes bernilai RM2,300 yang dibeli di butik.
Walaupun menggunakan pendapatan sendiri untuk mendapatkan beg tangan dan kasut berjenama mewah, suami turut melahirkan kerisauan kerana merasakan apa yang dibeli Amyera hanya mengikut nafsu semata-mata. Sekali-sekala dia akan menasihati wanita ini untuk mengawal nafsu agar tidak menghabiskan duit kepada pembelian yang tidak diperlukan.
“Biasanya suami yang akan menjadi juru audit dan menasihati saya sekiranya saya terlalu asyik membeli. Saya pula selepas membeli baru ada perasaan menyesal kerana merasakan banyak beg yang masih elok. Akhirnya saya mengambil masa yang lama untuk membeli semula. Namun fitrah semula jadi wanita tidak dapat ‘lari’ daripada membeli-belah,” katanya sambil tersenyum manis.
sumber  http://www.hmetro.com.my/node/41263














Inspirasi jaya 2 rakan karib


Keakraban mereka jelas kelihatan. Mereka bukan saja mempunyai impian dan cita-cita yang sama dalam perniagaan tetapi juga pada cita rasa penggayaan. Kedua-duanya memakai kasut jenama sama, begitu juga beg tangan yang dibeli bersama.
Malah pemilihan kenderaan turut mempengaruhi antara satu sama lain apabila kedua-duanya memilih Volkswagen Beetle dan Range Rover sebagai kenderaan harian.
Menjelaskan perkara itu, pengasas Amyera Beauty Fatin Amyera Zainal Abidin dan pengasas Perla Coffee, Yusmalisa Shazrenda masing-masing bersetuju pemilihan rakan baik sangat penting bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan.
Ini kerana memiliki sahabat karib yang sama-sama berniaga membuatkan semangat untuk berjaya bertambah kuat. Apatah lagi sekiranya masing-masing mempunyai minat dan hobi yang sama sekali gus memudahkan kedua-duanya melakar impian untuk mencapai kejayaan.
“Saya dan Yusmalisa mula mengenali satu sama lain ketika mengandungkan anak pertama. Sejak itu, kami memang akrab. Perkenalan juga atas urusan perniagaan lantaran kami sama-sama berasal dari Kelantan jadi banyak cerita boleh dikongsi bersama. Sejak itu kami selalu berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan mengikuti perkembangan menerusi Facebook dan Instagram,” kata Amyera memulakan bicara.

Memulakan perniagaan dengan menjual produk kecantikan menerusi Instagram kepada rakan terdekat, lama-kelamaan produk jenama Amyera Beauty mula dikenali ramai. Disebabkan keberkesanannya, dalam masa setahun Amyera mampu mengumpul sejumlah wang simpanan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit dan berjaya melangsaikan hutangnya.
“Saya terkejut kerana tidak sangka perniagaan yang pada mulanya hanya sekadar ingin membantu suami dan membeli baju dan beg tangan, melebihi apa yang saya jangkakan. Ketika itu saya menetap di Sabah, kemudian saya ambil keputusan pulang ke Kuala Lumpur disebabkan pertambahan ejen yang ramai membuatkan saya terpaksa memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka,” katanya.
Jelas Amyera, mulanya dia langsung tidak menyangka produk krim siang dan malam memberikan kesan positif kepada pengguna. Oleh kerana bermula dengan kecil-kecilan, dia memberikan produk kepada rakan terdekat untuk dicuba. Selepas menampakkan hasil, ramai memberikan komen di Instagram. Mungkin kerana produk ini tidak mengandungi bahan terlarang, ia menjadi pilihan ramai. Kulit tidak mengelupas sebaliknya lama-kelamaan menjadi lebih cerah dan licin.
Bagi Yusmalisa pula, kejayaan Amyera yang sering memuat naik gambar di laman Instagram benar-benar memberikan inspirasi kepada dirinya. Dia yang mengamalkan pengambilan serbuk mutiara untuk kecantikan kulit mula memikirkan untuk menghasilkan kopi dengan campuran serbuk mutiara ini.
“Sebelum dipasarkan, saya mencuba terlebih dulu untuk melihat hasilnya. Saya juga memberikannya percuma kepada keluarga dan saudara-mara. Alhamdulillah selepas sebulan, ramai memberikan maklum balas positif kulit menjadi lebih cerah dan menawan manakala badan lebih segar,” katanya.
Melihat pengalaman Amyera, ia memberikan inspirasi kepada Yusmalisa untuk meluaskan perniagaannya dengan memasarkan produk ini menerusi Instagram. Dia juga mendapatkan ilmu mengenai teknik pemasaran berkesan dan Amyera langsung tidak lokek berkongsi ilmu.
“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan seperti Amyera yang sangat pemurah dan tidak lokek mengajar saya mengenai perniagaan. Kami pula saling memberikan sokongan antara satu sama lain. Biasanya WhatsApp menjadi teman paling setia. Apa saja yang dilakukan kami kongsi bersama. Selepas itu kami merancang produk yang boleh dikeluarkan pada masa depan dan perancangan selepas itu.
“Oleh kerana terlalu teruja serta rasa semangat yang sentiasa didorong antara satu sama lain menyebabkan saya berani mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri,” ujar Yusmalisa.
Jelas Amyera, dia memang tidak mempunyai rakan akrab, jika ada hanya untuk urusan perniagaan. Tetapi persahabatan yang terjalin dengan Yusmalisa sangat berbeza kerana ia berteraskan keikhlasan dan kejujuran.
“Kami boleh bercakap apa saja, jika tidak suka kami berterus terang demi kebaikan bersama. Langsung tidak simpan rasa iri hati atau dendam. Apa yang kami lakukan adalah saling lengkap melengkapi. Sekiranya saya sedang tertekan, Yusmalisa memberikan nasihat begitu juga saya sekiranya dia menghadapi masalah saya menjadi pakar rujuknya.
“Lama-kelamaan ia bukan saja dalam bab perniagaan tetapi urusan hidup. Tambahan pula saya sudah mengenali keluarga Yusmalisa begitu juga dengan keluarga saya. Suami kami juga berkawan baik, begitu juga dengan anak yang cuma berbeza usia tiga hari saja,” kata Amyera.
Jelas kedua-dua wanita jelita ini, hasil daripada perniagaan mereka mampu memiliki rumah di Kelantan dan Bandar Baru Bangi bernilai RM1.2 juta, begitu juga dengan Yusmalisa yang sudah memiliki dua rumah dan dua kereta.
Jelasnya, memang tiada perancangan untuk membeli kenderaan yang sama, tetapi ketika sesi perbincangan dan menyatakan impian dan cita-cita akhirnya kedua-dua memilih jenama kenderaan yang sama disebabkan rekaan serta memudahkan pergerakan untuk berulang-alik antara Kelantan dan Kuala Lumpur.
Bukan saja kenderaan tetapi dalam banyak perkara sememangnya Amyera dan Yusmalisa mempunyai banyak persamaan. Bagi mereka, kejayaan bukanlah disebabkan usaha gigih semata-mata tetapi juga faktor persekitaran seperti keluarga dan rakan. Memang penting memiliki rakan yang mempunyai matlamat dan impian yang sama serta sentiasa berfikiran positif.
“Walaupun ada masa jatuh dan bangun, rakan yang baik akan sentiasa memberikan dorongan antara satu sama lain. Dalam fikiran kami langsung tiada rasa cemburu atau ingin menjatuhkan satu sama lain, sebaliknya saling bantu-membantu agar kami sama-sama mencapai impian dalam hidup,” kata Yusmalisa.
Amyera pula tidak pernah menyangka akan mengecap kejayaan sebagai usahawan. Tetapi disebabkan keinginan merubah kehidupan terlalu kuat, dia mengambil langkah drastik untuk memulakan perniagaan sendiri.
Baginya, apa juga dilakukan pasti ada cabarannya begitu juga dengan penghasilan jenama Amyera Beauty yang suatu ketika dulu dikatakan tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia, namun dia membuktikan sememangnya produk ini berkualiti menerusi maklum balas positif pengguna dan sekarang Amyera Beauty sudah mempunyai rangkaian ejen terbesar di Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 




0 comments:

Post a Comment