Dapat Tahu Amar Bahrin Akan Menjadi Menantunya Bapa Amira Rosli Nekad Dedahkan Siapa Sebenarnya Amar Bahrin.. Paling Mengejutkan Bila Dia Dedahkan Amar Bahrin Adalah . . .
Pengumuman berita gembira mengenai pertunangan bagi pasangan, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bakal berlangsung pada Jumaat ini sedikit sebanyak melegakan ibu kepada Amyra Rosli, Noor Zaridah Ahmad. Pengumuman tarikh perkahwinan mereka yang akan diadakan pada November depan juga telah menjawab segala teka-teki mengenai status hubungan mereka.
“Alhamdulillah akhirnya semua sudah dileraikan. Lebih penting, ia diumumkan secara serentak kepada semua rakan media. Selama ini, cerita terbabit bagai tersimpan rapi dan tidak dapat diluahkan. Selepas setahun menguruskan kerjaya seni Amar, saya sendiri tidak menduga beliau bakal jadi menantu. Dalam hal ini, baik Amar mahupun Amyra bersikap dewasa”
“Amar sebenarnya banyak membantu supaya hubungan mereka tidak terlalu kelihatan ketara. Dari sudut itu, saya nampak beliau seorang yang sweet. Sepanjang menguruskan kerjaya dan mengenalinya, beliau anak muda yang sangat menyenangkan hati. Sikap dan kelakuan dirinya, termasuk cara beliau bekerja, cukup bagus,” katanya kepada Berita Harian Online.
Dalam keterujaan menyambut menantu pertama, Noor akui agak berat untuk melepaskan Amyra yang juga merupakan anaknya yang pertama bakal mendirikan rumah tangga selepas pihak keluarganya menerima rombongan merisik daripada keluarga Amar pada Hari Raya Haji tahun lalu, namun beliau percaya bahawa Amar adalah calon yang terbaik untuk anaknya itu.
Terdahulu, pada Isnin lalu, pasangan bahagia itu yang hadir sedondon memakai busana berwarna biru telah mengumumkan tarikh pertunangan mereka yang bakal diadakan pada Jumaat ini, manakala tarikh perkahwinan pula akan diadakan pada 11 November depan. Bagaimanapun lokasi pernikahan serta resepsi yang bakal berlangsung masih lagi dalam perbincangan.
0 comments:
Post a Comment