Sunday, July 31, 2016

Filled Under:

10 Selebriti ‘Hot Mama’ Yang Paling Popular Di Malaysia

Menjadi seorang ibu bukan mudah dan dalam masa yang sama bergelar selebriti. Sibuk dengan keluarga dan juga kerjaya!
Kami senaraikan 10 selebriti Malaysia yang bukan sahaja cantik, malah merupakan hot mama paling popular!
1. Nora Danish

Siapa yang tidak mengenali wanita cantik ini. Wanita berusia 34 tahun ini memang layak bergelar hot mama. Mana taknya, Nora masih nampak macam anak dara.
2. Rozita Che Wan

Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini masih kekal anggun dan vogue walaupun sudah berusia 43 tahun. Masih kekal langsing dan menawan. Apa yang pasti, kalau bab fesyen memang Che Ta menang.
3.  Fasha Sandha

Orangnya lemah lembut tinggi lampai. Walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, wanita ini tetap kekal cantik. Memang hot mama la!
4. Scha Alyahya

Ramai yang cemburu dengan wanita cantik ini. Mana taknya, bentuk badannya tidak berubah walaupun sudah memiliki seorang cahaya mata comel, Lara Alana. Bukan itu je, Scha juga menjadi fasyen ikon wanita Malaysia.
5. Nabila Huda

Terkenal dengan sikap gila-gila dan sempoi, memang layak dipanggil hot mama. Bukan itu je, kalau tengok Abil berjalan dengan anaknya Keisha, nampak macam adik-beradik dah. Bukan macam mak dengan anak.
6. Diana Danielle

Bukan mudah untuk bergelar seorang ibu di usia yang muda. Namun, isteri kepada Farid Kamil ini ternyata masih kekal cantik walaupun bergelar ibu kepada Muhammad dan Aurora.
7. Sazzy Falak

Memiliki anak kembar memang menjadi impian setiap wanita. Kalau tengok Sazzy dan anak kembarnya dah macam adik beradik. Mana taknya, Sazzy pun kecil molek je.
8. Marion Caunter

Tak pernah tak cantik! Memang cemburu melihat wanita cantik ini yang masih kekal langsing selepas melahirkan anak ketiganya Liam.
9. Atita Haris

Namanya semakin dikenali selepas berkahwin dengan pelakon Nas-T. Ibu kepada gadis comel bernama Opi ini mempunyai aura tersendiri. Wajahnya sentiasa menjadi rebutan jenama muslimah terkenal.
10. Fouziah Gous

Memang cantik dan lemah lembut orangnya. Kalau sebelum kahwin, Fouziah Gous terkenal dengan bentuk badannya yang langsing, ternyata masih kekal walaupun selepas melahirkan anak.

Sumber : Hanasuva




0 comments:

Post a Comment