Monday, June 27, 2016

Filled Under:

Ya Allah !! Pasti anda terkejut. tak sangka apa yang pasangan ini lakukan.. Lihat gambar seterusnya yg pasti mengejutkan semua

Benarlah apa yang dikatakan jangan menilai seseorang itu daripada luaran, kadang-kadang apa yang kita lihat itu tak semestinya benar dengan persepsi yang kita nampak.
Seperti kisah yang akan kami kongsikan ini memberi pengajaran kepada diri kita supaya jangan terlalu cepat menilai orang hanya kerana bangsa dan penampilannya. Kisah dimana lelaki ini di didatangi pasangan India ketika sedang memandu, kemudian….

Ada Pasangan India Pandang Pandang. Lepas Pandang Di Hon Hon Pula. Saya Tak Sedap Hati

Usai solat Zohor hari ini, baca Quran. Hari ini lengkaplah bacaan surah Al Baqarah. Hampir setengah bulan baca hari ini sampai ke helaian terakhir mukasurat 49.
Dah berjanji pada sang isteri untuk bawakan dia ke Nurseri untuk membeli tanah organik. Siap siap keluar rumah naik kereta pergi ke bandar. Waktu tu ternampak ada satu Nursery, buat U Turn terus masuk ke Nursery.
Waktu tu tengok side mirror. Ada pasangan India pandang pandang. Lepas pandang di hon hon pula. Saya tak sedap hati. Saya parking ke tepi, keluar kereta. Anak dan isteri duduk dalam kereta.

Ya Allah terkejut saya!!!Faith in humanity restored

Dia bonceng motornya ke arah kereta. Bila dia makin hampir, ya Allah terkejut saya!!! Dia sedang pegang
Beg duit isteri saya

Hp Note 3 saya
Hp isteri saya juga!!

Terkejut yang amat. Terus dia hulurkan.
” bang you punya barang jatuh dari kereta, I hon you tapi you tak dengar ”
Waktu tu beribu ribu syukur pada Ilahi.
” terima kasih bang, tak percaya betul bang return balik barang ni. Ni hp dua biji, siap wallet sekali ”
Teruja

Terharu

Nama dia David. Asal dari Bahau. Wanita tu tak sempat tanya siapa nama.
Faith in humanity restored. Syukur. Waktu berlaku ini teringat kata Ustaz
” siapa yang baca surah Al Baqarah, Allah swt jaga dia , jaga isi rumah dia ”
Hari ini bila berlaku dugaan ini, Allah swt bukan sahaja lindungi harta saya, lindungi harta isteri saya juga. Huhuhu. Syukur.
Alhamdulillah

To Mr David.

Saya doakan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Moga Tuhanku memberi kebaikan kepada kamu atas hati mu yang baik.




0 comments:

Post a Comment